Friday 16 August 2013

MIXED FRUIT CORNFLAKES HONEY

Assalammualaikum w.b.t

Halu dude.. walaupun hari ni dah masuk 9syawal, mood berhari raya masih ade lagi.. raya sebulan babe, beraya la sepuas2nya, asalkan jangan kita lupakan orang yang susah dan mereka yang sudah meninggalkan kita semua (AlFatihah)...

Wokeii... Aku tak nak story panjang2. Just nak share sikit pict biskut raya yang baru je aku buat balik kerja tadi. Fuh...gigih gila kan.. sanggup buat Semata2 nak bawak balik kampung esok.. mak aku bagitahu biskut raya kat kampung dah nak abes. Walaupun mak aku tak request suruh aku buat, aku nak buat gak..hahaha.. tak kire!

Mari kite tengok ape rupe biskut aku.. nak buat? Senang je..... Mihmihmih...

Cara 1 (takde snap gambar) : masukkan butter dalam kuali (cairkan) then campurkan gula pasir cket, gaul sampai larut then, masukkan madu (ikot korang nak pakai madu apa).

Cara 2 : bila dah cair bahan2 tadi, tuang terus ke dalam bekas berisi cornflakes then, masukkan badam cincang & mix fruit (ceri+raisins) gaul hingga sebati

Cara 3 : isi cornflakes ke dalam mangkuk kertas then masukkan ke dalam oven dengan suhu 120°c (10minit)
(Sila abaikan segala sepahan kat bawah oven tuh...standardlah kan klw buat biskut.hahaha)

nah.....dah siap cornflakes aku.... Colourfull tak? rasanya, semua orang dah tau macamana nak buat biskut ni sebab simple n mudah. Cuma masing2 ada cara tersendiri.

Nah.... Try terbalikkan cornflakes i, x jatuh pon... Korang nak masukkan ke dalam balang pun senang..tak berterabur pun...

Ok..uols.. srlamat mencuba...bye!

1 comment:

Nia said...

Salam ziarah dear, favourite saya kuih ni, kekadang kalau kat rumah org, termalu sendiri kalau termakan banyak..hehe