Thursday 7 November 2013

BILE NAK KAHWIN???

sesungguhnye aku tak faham!!!! (tetibe)........

Aku tak faham kenape orang selalu pertikaikan si polan tu tak kawen lagi, si anu tu tak kawen lagi, umur dah nak masuk 3series pun tak kawen2 kenape...? memilih ke....?tak laku ke.. ?.takde orang nak ke....? apsal lah ko sibuk sangat dengan jodoh orang..... menghabiskan beras ko ker... kalau sekali tanya takpe, banyak kali kot. weiii... bernanah dah telinga ni....bingit dowhhh.... bile jodoh ni ko jadikan bahan nak gelakkan orang, orang kecik hati kot. nak je aku rakam setiap kebodohan ko dalam berkata-kata then kasi ko dengar sendiri ayat-ayat ko yang menyakitkan hati tuh..

ape ko pikir nikah kawen tu semudah sebut A,B,C.....? banyak perkara nak kena fikir kot. persediaan mental fizikal tu penting. Walaupun secara fizikalnya dah bersedia, Kalau Allah belum menetapkan jodoh kita sampai ke hari ni, nak buat camane. aku bukan tak nak kawen, bukan takde nafsu (waaaahhh), bukan menolak jodoh... tapi, cubelah ko faham situasi orang lain. maybe ade masalah yang tak pernah ko tau. cuba ko letakkan diri ko kat tempat aku. baru ko tau rasa. then aku tanya ko benda yang sama setiap hari. kompem ko muak kannnn..

fokus aku bukan setakat nak proses anak then beranak...beranak...beranak semata2... banyak benda lain nak kena fikir selepas kawen ni..memang lah ko kata "best kawen ni...rugi tak kawen..." hak ah ye lah.... memang lah best. cube kalau gaduh laki bini, canang laki ko camni, macamtu lah, anak ko merengek tengah malam, merungut macam2.. tah hape2... aku malas nak komen pape sebab aku belum rasa lagi nikmat pahit dan manis alam rumahtangga ni. Jadi, jaga lah luar dalam,tepi, atas, bawah kain masing-masing. tak payah nak sibuk sangat.

wassalam....