Monday 26 August 2013

BARANG MURAH TAK SEMESTINYA TAK BERKUALITI

 Assalammualaikum w.b.t.

Monday blues!!! Mata sangat mengantuk. Demi negara tercinta terpaksalah buntangkan biji mata tengok pc, buka fail. tu lah rutin aku setiap hari. fail..fail..fail.. rasa nak muntah pun ada. agak2 aku pengsan kat celahan fail tu taulah sebab apa (stress sangat berkerja konon2nya)

  
Ape motif aku letak gambar Stesyen ERL kat atas? hahahaha..

cerita semalam ni. ala2 throwback juga lah kan. Ceritenye nak pergi wedding  kat Gombak (sebenarnya teman kawan je pun) member tak sempat nak ambil aku sebab dia duduk ampang. macam jauh lah pulak nak ambil aku kat putrajaya ni. agak jauh jugak lah sebab macam kena patah balik. so, aku decide ke KL naik ERL ni (kalau tak tau ERL apa, search kat google).Semalam pun aku terlepas jamuan Raya blok kuarters aku... ish3... takde rezeki nampaknya nak merasa lauk yang best2 tu...

Time Otw ke Gombak tu, singgah dulu kedai kat area sentul. kedai barang-barang murah (Actually, aku lupa apa nama kedai tu..hehe..yang penting dekat dengan pasar sentul n stesyen LRT sentul timur). Barang kat situ memang totally murah2. agak berpinar2 mata aku masuk kedai tu. juling air sekejap. macam jakun pun ada. aku sebatlah beberapa bijik barang yang entah pape (berguna jugak). 

 
Gelas ni aku beli RM2 sebijik. saiz 15cm. kacanya tebal, dok belek2 tengok takde rosak n cacat cela. kire elok jugak lah.. tapi, Made In China punya lah.. Insyallah ok kot :)

 
 Sepit ni kalau kat pasar2 malam or pasaraya maybe dalam RM3-4 satu. tapi kat sini RM1 untuk setiap 1. kira ok jugak lah kan. so, sebatkan jugak lah.

 
Besin ni RM2 je. besar jugaklah.. 

Tisu ni pun aku sebat juga. RM2.. hehe.. kualiti tisu kat kedai ni sama je lembutnya dengan tisu kat pasaraya. 

Kalau ikutkan nak je beli barang lain.. Rambang gila mata. tahan sikit nafsu. total semua barang yang aku beli RM20. sebelum nak beli barang tu kena fikir penting ke tak penting. kalau tak, tak pasal-pasal rumah ko penuh dengan barang yang entah ape2..buat semak samun je kan... :)

Friday 23 August 2013

THROWBACK : DINNER MASAK LOMAK CILI PADI VERSI NOGORI

   Assalammualaikum w.b.t

Kasi can sikit ye kat orang johor nak masak menu favourite orang nogori. entah jadi, entahkan tidak. bedal je ni. Bahan masak lemak orang johor lain sikit dari negeri sembilan. siap ada bawang, ketumbar bagai (resipi mak aku). Yang negeri sembilan ni memang simple sangat2 n senang. jom tengok.

Bahan-bahan :
Ayam 
Kunyit (besar ibu jari)
Cili Padi (10 batang)
Asam keping
Santan (kalau boleh yang asli)
gula/garam
daun kunyit

Cara-caranya :
 
tumbuk kunyit hidup bersama cili api hingga lumat then masukkan ke dalam periuk bersama seraidan ayam

 
buka api kecil dan gaulkan semua bahan-bahan tadi hingga air ayam kering

 
masukkan santan cair then kacau lagi hingga menggelegak.

 
masukkan santan pekat then masukkan juga daun kunyit dan asam keping. Jangan biarkan santan pecah. masukkan garam dan gula secukup rasa

 
taraaaaaa...da siap... sebenarnye takdelah sampai kuning macamni. kamera kontra lebih kot..hehe

 
nak best lagi, makan dengan sambal belacan... terangkat beb :)

Thursday 22 August 2013

BILA BERADA KAT KAMPUNG....................PART 2

Assalammualaikum w.b.t.

Lama tak menjahit. dah berbulan-bulan rasanya. lately beli baju kurung ready made je kalau untuk pergi kerja. Beli kain ela bukan main rajin. nak hantar tailor kene fikir banyak kali. Upah mahal tu satu hal, sedap tak sedap pakai tu pun satu hal jugak. adelah yang ok jahitannya cuma upah tu agak mahal lah. Tapi, takpelah kan kalau baju tu selesa n sedap pakai. kalau upah mahal, baju menggedobos (besar sangat) rasa macam nak pakaikan kat orang-orang tepi sawah tu je (akhirnya aku pakai jugak..hehe)

Ni mesin jahit mak aku. Legend sangat dah ni. Brand brothers ni yang bagusnya, walaupun mesin lama, still tahan lagi. jahitan kemas (kalau benang n jarum dipasang betul2 lah). kalau beli 2nd hand pun masih mahal lagi sebab memang betul2 berkualiti.

 Start misi menjahit baju kurung pesak gantung (baju kurung pahang). walaupun aku just ade basic jahit baju kurung biasa je, bolehlah alter sikit copy paste mane2 yang patut ikut baju contoh yang aku tempah kat kedai.

Nah..baju dah siap. Tapi, lengan tak jahit silang pangkah lagi. kolar pon belum sembat susup n jahit mata lalat lagi. Tak sempat nak siapkan. satu hari sebelum balik KL baru aku sempat nak menjahit.

ok.. Next entry tunggu aku publish baju yang dah siap ya....... see ya :)

Wednesday 21 August 2013

BILA BERADA KAT KAMPUNG....................PART I

Assalammualaikum w.b.t

Last weekend balik kampung tercenta di Pontian, Johor. Isnin selasa sambung cuti. Secara totalnya, 4 hari aku lepak, menenangkan diri kat kampung (bunyi macam stress je). Yup, sebenarnya kalau aku balik kampung cuti lama tu memang itulah tujuan aku. release tension, rehat dari buat kerja2 office (macam stress sangat bunyinya). Now, hari ni dah masuk kerja, much better than before lah. InsyaAllah.

Bila dah ada kat kampung, memang totally aku akan makan..makan..dan makan.. lagi2 mak tersayang ada kat depan mata. memang superb heaven lah kan. Hari-hari masak sedap (Thank You Mak!).Then, ade satu pagi tu aku buatlah breakfast ala western utk family tercinta. Mak abah aku memang totally suka nasi and makanan melayu. western ni kurang sikit. tapi sekali-sekala kenelah try makan jugak ye mak...ye abah.hehe..

 menu simple je.. spagetti bolognaise with cheese cheddar. resipi biasalah cari kat google sebab aku tak berapa expert makanan western ni. bawang guna bawang biasa, lupa nak beli bawang benggala. bedal je la kiah...

 campak-campak je.. sebab menu simple je.

 guna spagetti yg halus mcm bihun (besa sikit dari bihun) brand san roma (angel hair) 
rasa tak puas makan

Now, dah siap... hias sikit dengan cheese cheddar. then, ngaappp....

Monday 19 August 2013

TAUHU SUMBAT IKAN

ssalammualaikum w.b.t.

Now, aku dah ade kat kampung. Yipiiieee.... Seronok sakan beraya rumah sedare mara. Hari ni dan esok aku sambung cuti lagi.. wah..heavennye... Best! Mihmihmih.. ok la guys.. mari kite jamu mata sekejap. Nak ajak korang jamu selera memang confirm la tak dapek den nak nolong. Pasal tinggal gambar je. Yang lain2, dah selamat masuk perut.. mihmihmih..

Tauhu digoreng terlebih dahulu then korek isinya sampai tauhu tu kosong.

Then,campur isi tauhu tadi bersama dengan ikan rebus (ikan selayanh/kembung),lada hitam (ditumbuk),bawang (dimayang),daun kucai, daun bawang Dan garam secukup rasa. Kalau nak crunchy lagi hiris halus2 carrot.. then gaulkan semua bahan-bahan2 tadi.

Pict sumbat2 aki tak snap.dah siap sumbat, salut pulak dengan telur, goreng hingga kuning keemasan...

Selamat mencuba.

Friday 16 August 2013

MIXED FRUIT CORNFLAKES HONEY

Assalammualaikum w.b.t

Halu dude.. walaupun hari ni dah masuk 9syawal, mood berhari raya masih ade lagi.. raya sebulan babe, beraya la sepuas2nya, asalkan jangan kita lupakan orang yang susah dan mereka yang sudah meninggalkan kita semua (AlFatihah)...

Wokeii... Aku tak nak story panjang2. Just nak share sikit pict biskut raya yang baru je aku buat balik kerja tadi. Fuh...gigih gila kan.. sanggup buat Semata2 nak bawak balik kampung esok.. mak aku bagitahu biskut raya kat kampung dah nak abes. Walaupun mak aku tak request suruh aku buat, aku nak buat gak..hahaha.. tak kire!

Mari kite tengok ape rupe biskut aku.. nak buat? Senang je..... Mihmihmih...

Cara 1 (takde snap gambar) : masukkan butter dalam kuali (cairkan) then campurkan gula pasir cket, gaul sampai larut then, masukkan madu (ikot korang nak pakai madu apa).

Cara 2 : bila dah cair bahan2 tadi, tuang terus ke dalam bekas berisi cornflakes then, masukkan badam cincang & mix fruit (ceri+raisins) gaul hingga sebati

Cara 3 : isi cornflakes ke dalam mangkuk kertas then masukkan ke dalam oven dengan suhu 120°c (10minit)
(Sila abaikan segala sepahan kat bawah oven tuh...standardlah kan klw buat biskut.hahaha)

nah.....dah siap cornflakes aku.... Colourfull tak? rasanya, semua orang dah tau macamana nak buat biskut ni sebab simple n mudah. Cuma masing2 ada cara tersendiri.

Nah.... Try terbalikkan cornflakes i, x jatuh pon... Korang nak masukkan ke dalam balang pun senang..tak berterabur pun...

Ok..uols.. srlamat mencuba...bye!

Thursday 15 August 2013

MENGELAT MASA KERJA. BERKAT KE GAJI KITA?

Assalammualaikum w.b.t.

Korang tau tak ape maksud mengelat? Aku nak cari ayat yang sesuai pun sampai pening2 kepala. mengelat tu macam ko mengular jugaklah.. ehh..betul ker? betul la kot..hehehe

Bos lama aku pernah bagitau, kalau nak ke mana-mana kena bagitau dia kecuali kalau nak melepas, walaupun gaji aku dibayar termasuk sekali dengan time aku masuk toilet (Kalau kat luar masuk toilet pon bayar ok..) tu tak masuk lagi time aku berborak, berFB, mengular, berblog  bagai (statement Jujur). Bak kata bos lama aku gak, yang penting kerja ko siap n perfect (make sure bos cek dulu). Lepas tu, ko nak buat pe, buatlah..Janji ko ada kat tempat. Berkat atau tak gaji yang ko dapat, jangan dipertikai. Itu bahagian masing2.Antara ko nak buat atau tak nak buat je.

hoi senah, mak ko sihat?mak aku sihat....mak nya si kiah tu sihat tak senah? aku rasa tak sihat je sekarang ni. ko sihat tak senah? (kepoci)
 pict by google

Nanti adalah macam-macam yang terkurang masa korang dah dapat gaji. duit korang tetibe banyak keluar bulan tu bayar macam-macam.. alih2, tinggal ciput je balance.. mungkin tu lah 'zakat' yang harus aku 'bayar' bile memikirkan perkara-perkara melekakan yang pernah aku buat masa waktu bekerja.

Realitinya, mungkin korang pernah buat lebih daripada tu. Bukan setakat mengular dalam office, Keluar office awal before lunch hour. after lunch hour pun ko masuk lambat jugak. lunch hour 1jam jadi 3,4 jam. macam office tu ko punya. Kalau lambat 15minit tu boleh accept lah..Tak tau nak salahkan siapa. pucuk pangkalnya diri sendiri. Nak suruh ketua pantau pun tak boleh kalau ko sendiri dah memang macamtu sejak azali lagi...opsss....terlebih sudah! Sekali sekala tu mungkin boleh diterima. Kalau dah hari-hari tu dah kira parah tu. kerja sendiri je kat rumah bungkus kerepek. Duit masyuk jugak. Sambil2 tu boleh landing, baring2 then tido. takde siapa marah ko, takde siapa nak makan hati. ye tak...

Jadual biasa kalau kat office..lalalala... ko hado??
pict by google

Korang ada buat table kerja Tak? Aku plak, kalau nak buat jadual pun, aku rasa senarai kerja aku tak berubah. Hari-hari buat kerja yang sama,  kuantiti banyak sikit je. just buat  note tampal kat white board, remind ape yang sepatutnye aku buat hari esoknya. Kalau korang tengah free, takde kerja ape yang korang buat? honestly, aku buka internet then, baca blog orang, gosip artis.. hahaha..

Pada yang dah berkeluarga tu, beringatlah dengan setiap apa yang kita lakukan. Samada halal atau haram, akan mengalir dalam darah keluarga kita. jadi darah daging lagi. Fikirlah sebelum berbuat sesuatu.

peace yaww!

Wednesday 14 August 2013

TERINGIN NAK WINDOW SHOPPING

Crowded gila IKEA masa ni. weekend kan, confirmlah ramai. lagi syok kalau pergi weekdays (hari bekerja) , tak ramai sangat orang macam dalam gambar ni. apa salahnya apply cuti satu hari nak membeli barang keperluan rumah kan? janji aku tak mengular p shopping time hari bekerja (tak berkat gaji kita tau, tak masuk part berblog masa bekerja plak *haha..aku la tu) insaf sekejap.. T____T

 macam dah lama tak berjalan kat IKEA Damansara ni. macam rindu lah pulak walaupun tak selalu ke sana. Duit dah habis pulak prepare untuk hari raya hari tu. tinggal balance2 je sementara nak tunggu hari gaji (2 minggu lagi nokk... lame tuu nak tunggu). Takkan datang jauh2 just nak window shopping je kan, mestilah nak membeli barang rumah walaupun sebijik dua. *pffftttt.

kena tunggu hujung bulan lah nampaknya. ade sesiapa nak follow? :)

Tuesday 13 August 2013

HARI RAYA CELEBRATION

Assalammualaikum w.b.t.

Dah jadi kelaziman setiap pagi syawal, family aku akan berkumpul kat ruang tamu untuk bersalaman, bermaaf-maafan. masa tu lah nak melalak, nak meluahkan semuanya pada orang yang lebih tua dari kita. lebih2 lagi mak abah kita kan..kalau family aku, nangis tu nangis jugak, tapi gelak memang tak tinggallah. Masa tengah bersalam serius2, feeling2 dengan abah & Mak pun adik siap suruh posing lagi sekali nak pastikan gambar tu betul2 cantik & sharp.. Mak abah aku plak...? layankan je lah perangai anak-anak dia. Ikot sama-sama posing..Time tu lah terasa meriah bagai nak gila.

 
Alah...sopannya mak aku ni... nampak ayu benar mak :)

 
U see... adik aku yang belah kanan, Si Amal tu memang over sentiasa.. Salam sambil posing, ko hadooo...?

Me & Abah.... 

Tahun ni tak semua adik beradik aku ada. 2 orang kakak aku balik rumah mertua masing-masing kat kelantan dan perak. adik aku yang lelaki ni sesat pulak pakai baju kaler merah. bedal je lah.. adik lelaki aku yang sorang lagi demam, taknak join venture. 

Lepas beraya bersama family, kita p jalan-jalan rumah sedara pulak. yang 2 orang ni sepupu aku. juah n ait. gambar raya tahun ni tak banyak snap. masukkan mana yang ada je lah ye.

;) peace

SALAM AIDILFITRI

Assalammualaikum w.b.t


Terlebih dalu shuwa nak mengambil kesempatan untuk  mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan blogger yang mengenali diri shuwa walaupun shuwa masih lagi baru dalam dunia blogger ni. semalam shuwa dah start kembali bekerja macam biasa walaupun office lengang gila sebab masing-masing masih lagi bercuti n berseronok kat kampung.. shuwa ni je la yang terlebih rajin *buerkkkk*. Makan hati bila baca cerita dieorang masih ada lagi kat kampung halaman..sobbbbsss!!

oklah guys.. happy reading ya. blog ni hanya blog biasa2, tiada apa yang luar biasa. hopefully, korang enjoy..

chill :)