Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Sunday, 29 September 2013

FOODLOVER : SERAI SHAFTSBURY, CYBERJAYA


ssalammualaikum W.B.T

Cerita ni cerita hari jumaat. Hari ni baru berkesempatan nak update. Tu pun thru hp. So kalau pix senget, tak centre ke..paham2lah ye. Hehe. I takde lappy. Kalau nak update kat office, memang tak sempatlah (bz kononnye)

Thanx to cik masyitah (tudung coklat) coz belanja weols. Bila dah duduk semeja, riuh macam nak roboh kedai. 

 Pavlova yg sesedap rasa. Bila ngap masuk mulut, pergh..melting!!!!
 serai platter ni kak nadia order.. tak sempat nak rasa. Yang penting nasinya rasa serai. 
 Tekak orang johor memang tak pernah hilang. Aku order Nasi Ambeng. Tapi aku rasa ni cyber version. Kalau ikut NasinAmbeng ori punya, sayur campur tu xde, then takde rendang daging. Biasanya versi johor akan letak ayam masak kicap or masak merah. Tapi, sekarang ni orang dah kreatif. Tak kisah dah.. ngap je..
 uncensored pix! Sorry la ye kak nadia... Xboleh edit muka awek sebelah bagi normal.
Our beverages.. 

Yg lain2 tak sempat nak snap. Mana yang ada je. Cuma nak kata kedai ni "recommanded" 

Monday, 9 September 2013

FOODLOVER : TEH TARIK PLACE, IOI MALL PUCHONG

Assalammualaikum w.b.t.

Pernah try makan kat sini beberapa bulan yang lepas kat Empire, Sunway. Roti Canai kat sini memang sedap gilak.Terasa macam makan kat warung di kampung2. best tau.

Teh tarik place terletak di tingkat 2 IOI Mall Puchong.

 
interior Teh tarik place yang luas n tak crowded. memang ada konsep warung sikit.
 
 disebabkan semalam aku lunch agak lewat (kul4ptg), aku n member aku order nasi goreng kampung telur mata je. Tapi serius, memang sedap. member aku kata kue teow dia pun fabulous gak. ok.. tu next time..:)

Nescafe tarik yang sememangnye kaw gila.. terbuntang biji mata sampai ke malam. sampai kul 1 pagi pun duk berguling2 lagi sebab bijik mata segar lagi. Kopi 'O' tu member aku punya. Hitam pekat, pahit manis cukup rasa. lepas ni kompem nak order.

ok.. tu je.. bye.

Friday, 23 August 2013

THROWBACK : DINNER MASAK LOMAK CILI PADI VERSI NOGORI

   Assalammualaikum w.b.t

Kasi can sikit ye kat orang johor nak masak menu favourite orang nogori. entah jadi, entahkan tidak. bedal je ni. Bahan masak lemak orang johor lain sikit dari negeri sembilan. siap ada bawang, ketumbar bagai (resipi mak aku). Yang negeri sembilan ni memang simple sangat2 n senang. jom tengok.

Bahan-bahan :
Ayam 
Kunyit (besar ibu jari)
Cili Padi (10 batang)
Asam keping
Santan (kalau boleh yang asli)
gula/garam
daun kunyit

Cara-caranya :
 
tumbuk kunyit hidup bersama cili api hingga lumat then masukkan ke dalam periuk bersama seraidan ayam

 
buka api kecil dan gaulkan semua bahan-bahan tadi hingga air ayam kering

 
masukkan santan cair then kacau lagi hingga menggelegak.

 
masukkan santan pekat then masukkan juga daun kunyit dan asam keping. Jangan biarkan santan pecah. masukkan garam dan gula secukup rasa

 
taraaaaaa...da siap... sebenarnye takdelah sampai kuning macamni. kamera kontra lebih kot..hehe

 
nak best lagi, makan dengan sambal belacan... terangkat beb :)

Wednesday, 21 August 2013

BILA BERADA KAT KAMPUNG....................PART I

Assalammualaikum w.b.t

Last weekend balik kampung tercenta di Pontian, Johor. Isnin selasa sambung cuti. Secara totalnya, 4 hari aku lepak, menenangkan diri kat kampung (bunyi macam stress je). Yup, sebenarnya kalau aku balik kampung cuti lama tu memang itulah tujuan aku. release tension, rehat dari buat kerja2 office (macam stress sangat bunyinya). Now, hari ni dah masuk kerja, much better than before lah. InsyaAllah.

Bila dah ada kat kampung, memang totally aku akan makan..makan..dan makan.. lagi2 mak tersayang ada kat depan mata. memang superb heaven lah kan. Hari-hari masak sedap (Thank You Mak!).Then, ade satu pagi tu aku buatlah breakfast ala western utk family tercinta. Mak abah aku memang totally suka nasi and makanan melayu. western ni kurang sikit. tapi sekali-sekala kenelah try makan jugak ye mak...ye abah.hehe..

 menu simple je.. spagetti bolognaise with cheese cheddar. resipi biasalah cari kat google sebab aku tak berapa expert makanan western ni. bawang guna bawang biasa, lupa nak beli bawang benggala. bedal je la kiah...

 campak-campak je.. sebab menu simple je.

 guna spagetti yg halus mcm bihun (besa sikit dari bihun) brand san roma (angel hair) 
rasa tak puas makan

Now, dah siap... hias sikit dengan cheese cheddar. then, ngaappp....

Monday, 19 August 2013

TAUHU SUMBAT IKAN

ssalammualaikum w.b.t.

Now, aku dah ade kat kampung. Yipiiieee.... Seronok sakan beraya rumah sedare mara. Hari ni dan esok aku sambung cuti lagi.. wah..heavennye... Best! Mihmihmih.. ok la guys.. mari kite jamu mata sekejap. Nak ajak korang jamu selera memang confirm la tak dapek den nak nolong. Pasal tinggal gambar je. Yang lain2, dah selamat masuk perut.. mihmihmih..

Tauhu digoreng terlebih dahulu then korek isinya sampai tauhu tu kosong.

Then,campur isi tauhu tadi bersama dengan ikan rebus (ikan selayanh/kembung),lada hitam (ditumbuk),bawang (dimayang),daun kucai, daun bawang Dan garam secukup rasa. Kalau nak crunchy lagi hiris halus2 carrot.. then gaulkan semua bahan-bahan2 tadi.

Pict sumbat2 aki tak snap.dah siap sumbat, salut pulak dengan telur, goreng hingga kuning keemasan...

Selamat mencuba.