Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Thursday, 6 March 2014

WEDDING : IZAN & KHALIS PART 2

Nak perabis cerita izan nikah bawak ke sanding ambil masa sampai 2 hari. mihmih.. sempat upload gambar je semalam. nak buat cerita tak sempat. banyak kerja katanya. 
Mak and Pak Andam instant. Mak Andam sebenar lari sekejap pergi rumah tumpangan pengantin lelaki nak siapkan pengantin lelaki. So, bab2 pasang n peniti Crown, Mak Andam campak kat kitaorang. dengan Kameraman sekali tolong pin kan crown (seperti dalam gambar di atas) kelakar abes. 
Inai tangan dan kaki izan di lukis oleh seorang student.. (macam tak kena je ayat)
upah RM120.
sebenarnye ni cerita selepas majlis nikah and sebelum serbu bilik pengantin izan. masuk dalam kereta shai dulu, teman budak 2 orang yang kat depan tu tacap mekap. pagi2 keluar rumah tak sempat nak mekap. 
lepas mekap, apelagi....selfie la kan.. haha
pengantin kita ni nampak je muka tenang, padahal mulut pokpekpokpek je.. haha
bersungguh bertul muka cik miera ni dok pin shawal n veil si izan ni..




serius kalau jadi pengapit, aku tak tau nak buat reaksi muka camane. nak senyum ke, nak statik je ke.. kalau snap gambar kandid kompem banyak muka ketat (bak kata kameraman). sebab aku bukan fotogenik. hukhuk

makan beradab....
amacam sama tak muka weols....?


kek untuk acara potong kek.. kek ni sebenarnye bertingkat2.. mintak tolong member snapkan. ni je lah yang dapatnya.. comel kan... siap ade butterfly lagi...
Nak gak posing ngan pengantin. sebagai kenangan. lepas ni tak bolehlah hang out selalu macam dulu2...

bridemaid gedik2 ngan bunga... aku je yang tak dapat pegang bunga tu. mungkinkah giliran mereka untuk dipuankan selepas ni...? INsyaAllah...

Cik Masyitah, Ain, Aku n Shai


Bile geng2 sukan berkumpul terasa meriah. bukannya senang nak kumpul sesama. kitaorang kenal pun melalui sukan Jabatan. start dari situlah kitaorang rapat walaupun lain division. 
sumber : FB izan.. hehe... cilok...
ni pun cilok gak.. gambar dari whatsapp group. 


Selamat pengantin baru izan and suami. semoga berkekalan ke akhir hayat, dikurniakan anak yang soleh n solehah.. yang penting, taat pada perintah suami...hehe... 


Wednesday, 5 March 2014

SOLEMNIZATION : IZAN & KHALIS PART 1

Assalammualaikum....

Sabtu lepas (1/3/14), wedding BFF aku, Izan.. ramai orang cakap muka dia ni sama dengan aku. Ade yang kata kembar la... adik beradik la.... sepupu sepapat la.... kitaorang pun tak tau tang mana yang sama kat muka kitaorang ni. 

Majlis pernikahan berlangsung jam 9.30 pagi di kediaman Izan, Taman Rasah Jaya, Seremban. 
My Bff, Izan berseri2 di hari pernikahan. Sedang menanti bakal husband tiba masa ni.
Aku dilantik sebagai tukang kepit dia sepanjang majlis (Pengapit laaa....) tertonggeng sana sini. burok seh!
Pengantin lelaki dah sampai, tunggu Tok Imam pulak. 
Sesi bacaan taklik oleh Tok Imam sebelum akad nikah. kalau kat Johor, taklik akan dibacakan sendiri oleh pengantin selepas selesai Akad nikah. 
Upacara pernikahan bermula.. berdebar2 si Izan.. muka cuak semacam je makcik tu.. 
Menanti untuk upacara membatalkan air sembayang
Salam suami... jangan tak salam


lega noooo dah selamat dinikahkan....hilang semua rasa debar..Then, menunggu untuk moment bersanding lak untuk petang tu...



Ok.. now, times for bridemaid menggedik pulak depan kamera. tadi dah kasi can kat ratu sehari kita bergambar kaw2 punya. 

Aku n Izan. 
Lawa kan baju Izan.. berkenan betul aku dengan dress dia yang cun tuh. Colour dah confirm colour favourite dia.. Mint Green and lagi satu die request kat bridemaid dia pakai colour peach n of course favourite colour die juga... hehe... susah wooo nak cari  colour soft peach nih. nasib baik jumpa. takpelah, demi izan yang tersayang.. cewahh
oit..jangan lebih2... tunggu malam karang la... haha
eee...malu lah weii...
unlimited selfie by weols....wehuuuu....
yang depan tu shai, yang kanan tu Miera.. and i yang kiri tu.. mihmihmih



ok guys.. tunggu gambar sanding plak kat entry seterusnye ye... daaaaaa....



Tuesday, 1 October 2013

WEDDING : MY DEAR BFF, AIN

Assalammualaikum w.b.t

Last weekend (Hari Sabtu), aku attend wedding member aku merangkap Ex-officemate aku, Ain kat area2 Putrajaya ni je.

Dulu masa kitaorang satu opis, selalu lah jugak hang out ngan die, p makan then bergosip, cuci mata, mendekor event opis sama-sama. kiranya dielah tempat aku gelak, tempat aku melalak. hahaha.. poyo.. Bila dia dapat tawaran kerja kat tempat lain, aku dah start rasa sebak and tak syok sebab rasa lainlah  kalau dia tak de. hukhuk.

masa hari dia pindah lagilah aku tak boleh pandang muka dia langsung. Tengok muka die je, Berjurai air mata aku. sedih babe! BFF aku nak blah p tempat lain. walaupun masih boleh jumpa, tapi situasi lain sikit sebab die duduk jauh lah jugak then nak kena sesuaikan diri bila dia dah takda kat opis ni! ohhh.. poyo nye statement, tp, tu lah hakikatnya. statement macam aku ni laki bini..So, jangan tanya kenapa aku sedih dalam banyak hal kalau melibatkan si Ain ni.. hihihi...

Tapi, Alhamdulillah, ada hikmah die pindah ke sana. die jumpa lelaki sejati yang betul2 menawan hati dia untuk dijadikan suri...Alhamdulillah.. happy sangat sebab akhirnya die jumpa jodoh dia.

Moment Ain selepas dinikahkan di Masjid Putra, Putrajaya hari jumaat sebelum hari persandingan. Alahai aku plak nanges melebih selepas husband dia melafazkan akad. sedih BFF aku dah 'dipuankan'..hukhuk..
sweet kan.... 

Ain kini dimilik oleh jejaka 'janggut sejemput' yang diidam2kan... kihkih.. jangan maraah beb!

During Wedding day - Candy Buffet Corner. 
Orange + Yellow theme colour 
Kalau nak book, boleh lah tengok2 blog kak Nadia.

Guest Book
 Prop untuk photo booth
eh, anak sapa pulak ni. malu2 pulak.. mau tapi malu. perangai sebijik MAMA dia. hehehe
 Alololololo..sweetnye
  Meh..honey pulak suap darling (buat dialog sendiri)
 baik2 kang air masuk hidung
 Walaupun kedua2nya keletihan dalam membuat preparation utk  wedding, masih lagi boleh senyum. 
 Nak gak ambik gambo ngan pengantin. walaupun tudung masing2 dah tak semenggah. hehe
ok.. posing spesies apakah ini. hahaha.. dengan cik aida sekali duduk kat tepi bangku pengantin. kalau tengok, aku gelak sendiri.. macam terapung pun ade. then siku tu tak menahan. macam aku pulak yg sandar siku kat bahu laki dia. padahal aku just buat sign peace kat belakang bahu dia. aiyak.. haha...

ok, last shout,  My dear friend Ain n hubby, Aku doakan perkahwinan uols kekal bahagia ke akhir hayat hendaknya. Aminnn.....beranak ramai2 tau ain...ko beranak, aku terus nikah! eh.... hehe